Friday, January 4, 2013

cinta bersatu

Bismillahirahmanirohim...

Sudah berzaman lamanya tak update apa-apa kat blog saya nie,macam-macam benda dah terjadi, ada yang suka ada yang duka..tetapi semuanya berjaya jua saya tempuhi. Terlalu banyak kenangan pahit manis antara kita semua sama ada di IPG, Kampus Sultan Mizan sebagai ketua unit pada semester yang lepas ataupun kenangan peribadi diri saya sendiri..

Daripada berstatus single kepada tunangan org dan sekarang dah selamat menjadi isteri orang..syukur sangat-sangat dan rasa macam tak percaya pun ada juga..mcm ma saya selalu cakap,jodoh saya sampai awal..jadi saya  kena sentiasa cuba belajar untuk jadi isteri yang terbaik buat suami...kadang-kadang saya rasa sangat bertuah kerana Allah pilih saya untuk cepat-cepat mengharungi cinta halal nie..jadi tak perlu la saya bergelumang dengan dosa. Alhamdulilah juga kerana Allah bagi saya rasa cinta jarak jauh yang tak memerlukan  saya untuk sentiasa keluar berdating dengan tunang saya..keluar pun hanya untuk urusan-urusan penting sahaja ex. beli barang untuk hantaran kahwin...boleh dikatakan kami hanya keluar dua kali sahaja dalam tempoh bertunang..sekali pada bulan lima 2011, untuk beli barang hantaran dan sekali lagi pada hari raya aidilfitri baru-baru nie time bulan lapan 2011.

12.11.12, 5.20 petang. Tarikh yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana pada saat itu saya NUR AIN FATMA BT ZAIB telah pun sah menjadi isteri kepada suami saya MOHD SOFFIYUDDIN SOPIAN dengan sekali lafaz..debaran sebelum menjadi isteri amat terasa, kaki terasa seram sejuk..jantung pula tak berhenti berdegup dengan kencang..itulah saat yang paling sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...terasa di awan-awangan saat membatalkan air sembahyang,terasa diri ini memegang tanggungjawab yang sangat besar untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami yang tercinta..cukuplah gambar yang berbicara...
                                                                                   




Buat cinta halal ku, Mohd Soffiyuddin Sopian, walaupun perkenalan kita tak dijangka dan hanya mengambil masa yang singkat tetapi jodoh pertemuan semua di tangan Allah...kita tak sangka walaupun kita belajar di tempat yang sama, tak pernah bersembang, tak pernah bersua muka tetapi perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya..Dia dah mengaturkan semuanya untuk kita...Alhamdulilah, sudah dua bulan lebih saya  menjadi isteri abang..hanya ALLAH yang tahu betapa bahagianya diri saya bila berada di samping suami..saya tersangat bahagia bila ada yang imamkan solat saya,ada yang pujuk kala saya majuk, ada yang makan masakan saya walaupun tak sedap tetapi sentiasa ambik hati saya ckp sedap, ada yang ajar saya siang ikan, ada yang sentiasa amik berat tentang diri saya, makan minum saya, kesihatan saya dan kesedihan saya...semuanya kita lalui dalam masa dua bulan lebih nie..buat masa sekarang, kita masing-masing kena berdikari kerana cinta halal ini sedang berjauhan..setahun je lagi saya kene berjuang untuk dapatkan ilmu..insyaAllah sekiranya diberikan rezeki saya akan berada di samping suami tercinta nanti..abg,doakan cinta halal kita kekal sehingga ke pintu syurga,saya akan cuba jadi isteri yang solehah dan taat kepada suami saya..

1 comment:

  1. tahniah..moga kekal dan bahagia hingga akhir hayat...doakan sue lak nanti ye..hehe

    ReplyDelete