6. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
7. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.
8. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.
9. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.
10. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
11. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
12. Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.
13. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.
14. Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
15. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat.

:::hmm..tp ada org ckp, banyak persamaan akan menimbulkan kebosanan suatu hari nnti..ape2 pun tue semua bergantung atas diri masing-masing..^^
nk dptkan keserasian adlh sesuatu yg sgt susah..tp bila dh mula terasa akan bibit2 keserasian tu nk lepaskan rse sesuatu yg sgt rugi..huhuhuhu
ReplyDeletepersamaan n keserasian cm lain je..hehhee
persamaan boleh menimbulkan keserasian..sama je rasanyer..hehehe..:)
ReplyDeleteye xye jugak kan..pening sikit bab ayat2 ni..hehehe
ReplyDeletehehehehe...bdak math la katakan...:)
ReplyDeleteamboi..mengata eh..hehee..pape pun wujudnye keserasian adalah 1 keseronokan yg akan membuatkan hub tu jd segar je..hehehe
ReplyDeletetau takpe..so,teruskan mncari keserasian dengan pasangan anda..!hehehe...
ReplyDeletemmg sedang mencari pun..diharapkan Allah permudahkan segalanya..hehehe
ReplyDelete