Saturday, June 4, 2011

SERASI?

Cuti-cuti cmnie asyik duk layan jiwang je...biasalah tue,korang pun msti selalu cm tue kan..best ape layan jiwang nie..sekali sekala xsalah kot..kan?hurin tulis entry nie smbil duk dgr lagu "dan bila esok" by SOFAZ....hehehehe..berapa puluh kali dah duk ulang lagu nie..mklumlah ngah demam drama "Nora Elena". So sweet la hero drama nie Seth Tan (Aaron Aziz)...terbaek la anda!mamat nie selalu je bagi suprise utk wife dia..bertuah la nora dapat husband mcm 2...tersangat romantic la..like..like..:)

Eh..eh...merapu la plak saya nie..oke2, yg tue just intro je..entry kali nie bertajuk "SERASI"..maklum la musim2 cuti nie banyak plak kenduri kawen,so rasa cm nk bercerita hal rumahtangga plak...acewahhhh!

Bijak pandai ada berkata..perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang berbeza dalam mencari keserasian untuk melayari kehidupan indah berdua..so, for me..cinta je xmencukupi dalam melayari kehidupan rumahtangga, keserasian tersangat la penting...dan orang selalu cakap, banyak persamaan antara kita dan pasangan lebih serasi..btol ke?yang tue hurin xleh nk jawab..tp pada pendapat hurin la, lagi best lau kita n pasangan kita satu kepala..ape2 bende leh buat sama-sama tanpa ada keluhan..kan best mcm 2?contohnya la..lau pasangan anda minat berbusiness, anda pun sama2 bantu..kan best..berat sama dipikul ringan sama dijinjing..perghh!

Jodoh pertemuan memang semuanya ditangan Tuhan, tapi kita sebagai manusia bertanggungjawab untuk berusaha mencari yang terbaik..seseorang yang dapat hidup dengan kita bukan untuk sehari dua..tapi untuk selamanya..dan kalau boleh sehingga kita menutup mata dan sehingga nafas kita yang terakhir...jom kita tgk petua mencari pasangan yang serasi..mane tau boleh membantu anda..:)

1. mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kucing,suka melancong dan sebagainya

2. dua insan mudah serasi apabila mempunyai penafsiran yang sama mengenai hubungan dan sebagainya..senang kata, sama pendapat la..:)

3. bakal pasangan akan tertarik sekiranya anda mengasihinya bukan kerana rupa, harta, keturunan..yang nie baru dinamakan cinta sejati..:)

4. ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari pasangan. Ini akan membuatkan pasangan berasa lebih dihargai dan istimewa..acewahh

5. Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


6. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

7. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.

8. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.

9. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.

10. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

11. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

12. Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.

13. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.

14. Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

15. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat.



:::hmm..tp ada org ckp, banyak persamaan akan menimbulkan kebosanan suatu hari nnti..ape2 pun tue semua bergantung atas diri masing-masing..^^



7 comments:

  1. nk dptkan keserasian adlh sesuatu yg sgt susah..tp bila dh mula terasa akan bibit2 keserasian tu nk lepaskan rse sesuatu yg sgt rugi..huhuhuhu

    persamaan n keserasian cm lain je..hehhee

    ReplyDelete
  2. persamaan boleh menimbulkan keserasian..sama je rasanyer..hehehe..:)

    ReplyDelete
  3. ye xye jugak kan..pening sikit bab ayat2 ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. hehehehe...bdak math la katakan...:)

    ReplyDelete
  5. amboi..mengata eh..hehee..pape pun wujudnye keserasian adalah 1 keseronokan yg akan membuatkan hub tu jd segar je..hehehe

    ReplyDelete
  6. tau takpe..so,teruskan mncari keserasian dengan pasangan anda..!hehehe...

    ReplyDelete
  7. mmg sedang mencari pun..diharapkan Allah permudahkan segalanya..hehehe

    ReplyDelete