Monday, April 8, 2013



Saat kita tengah sedih, takkan mungkin seorang pun tahu apa yang kita rasakan. Kita cuba nak luahkan tapi akhirnya airmata yang menemani :')

Ya Allah,kuatkan hatiku...kuatkan semangatku untuk menghadapi segala-galanya..
terasa keseorangan sangat di sini,at IPG KSM...08/4/2013,10.30PM

Friday, January 4, 2013

cinta bersatu

Bismillahirahmanirohim...

Sudah berzaman lamanya tak update apa-apa kat blog saya nie,macam-macam benda dah terjadi, ada yang suka ada yang duka..tetapi semuanya berjaya jua saya tempuhi. Terlalu banyak kenangan pahit manis antara kita semua sama ada di IPG, Kampus Sultan Mizan sebagai ketua unit pada semester yang lepas ataupun kenangan peribadi diri saya sendiri..

Daripada berstatus single kepada tunangan org dan sekarang dah selamat menjadi isteri orang..syukur sangat-sangat dan rasa macam tak percaya pun ada juga..mcm ma saya selalu cakap,jodoh saya sampai awal..jadi saya  kena sentiasa cuba belajar untuk jadi isteri yang terbaik buat suami...kadang-kadang saya rasa sangat bertuah kerana Allah pilih saya untuk cepat-cepat mengharungi cinta halal nie..jadi tak perlu la saya bergelumang dengan dosa. Alhamdulilah juga kerana Allah bagi saya rasa cinta jarak jauh yang tak memerlukan  saya untuk sentiasa keluar berdating dengan tunang saya..keluar pun hanya untuk urusan-urusan penting sahaja ex. beli barang untuk hantaran kahwin...boleh dikatakan kami hanya keluar dua kali sahaja dalam tempoh bertunang..sekali pada bulan lima 2011, untuk beli barang hantaran dan sekali lagi pada hari raya aidilfitri baru-baru nie time bulan lapan 2011.

12.11.12, 5.20 petang. Tarikh yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana pada saat itu saya NUR AIN FATMA BT ZAIB telah pun sah menjadi isteri kepada suami saya MOHD SOFFIYUDDIN SOPIAN dengan sekali lafaz..debaran sebelum menjadi isteri amat terasa, kaki terasa seram sejuk..jantung pula tak berhenti berdegup dengan kencang..itulah saat yang paling sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...terasa di awan-awangan saat membatalkan air sembahyang,terasa diri ini memegang tanggungjawab yang sangat besar untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat suami yang tercinta..cukuplah gambar yang berbicara...
                                                                                   




Buat cinta halal ku, Mohd Soffiyuddin Sopian, walaupun perkenalan kita tak dijangka dan hanya mengambil masa yang singkat tetapi jodoh pertemuan semua di tangan Allah...kita tak sangka walaupun kita belajar di tempat yang sama, tak pernah bersembang, tak pernah bersua muka tetapi perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya..Dia dah mengaturkan semuanya untuk kita...Alhamdulilah, sudah dua bulan lebih saya  menjadi isteri abang..hanya ALLAH yang tahu betapa bahagianya diri saya bila berada di samping suami..saya tersangat bahagia bila ada yang imamkan solat saya,ada yang pujuk kala saya majuk, ada yang makan masakan saya walaupun tak sedap tetapi sentiasa ambik hati saya ckp sedap, ada yang ajar saya siang ikan, ada yang sentiasa amik berat tentang diri saya, makan minum saya, kesihatan saya dan kesedihan saya...semuanya kita lalui dalam masa dua bulan lebih nie..buat masa sekarang, kita masing-masing kena berdikari kerana cinta halal ini sedang berjauhan..setahun je lagi saya kene berjuang untuk dapatkan ilmu..insyaAllah sekiranya diberikan rezeki saya akan berada di samping suami tercinta nanti..abg,doakan cinta halal kita kekal sehingga ke pintu syurga,saya akan cuba jadi isteri yang solehah dan taat kepada suami saya..

Sunday, June 3, 2012

alhamdulilah..dah seminggu



salam ahad semua..aik, cepat je masa berlalu..dah seminggu rupenyer hurin bergelar tunangan org..tersangat2 xpercaya n x sangka..hehehe. Alhamdulilah, hubungan selepas bertunang nie semakin indah dan manis,harap-harapnya hubungan after dah kawen nnti makin indah dan mekar..

InsyaAllah..lau diikutkan perancangan mungkin hujung tahun nie hurin akan bergelar isteri orang...alamak, tkot la plak..banyak sgt2 persiapan yang nk kene buat, first of all..hurin duk pening kepala duk fikir warna tema untuk majlis nnti...hurin nk smbung fikir lagi la..apa2 pun tetap kene smile..>__<

p/s: encik tunang ngah lena tido skrg nie,penat duk kemas rumah..hehehe

Thursday, May 24, 2012

2 hari lagi..:)


Salam jumaat semua...kala post nie ditulis hurin masih lagi berada di atas katil, bilik 202-b,hehehe..jap lagi dalam kol 2,hurin akan bertolak ke jerteh untuk pulang ke kampung...(ho..ho...ho,blik kmpung,hati girang)
balik kali nie berbeza sikit cos hurin akan berubah status menjadi tuttttt...hehehehe, actually menjadi tunangan orang...tunang kepada encik MSS, mcm xpercaya pun ada jgak..apapun, berpijaklah diatas bumi yang nyata wahai cik ain..hehehe

Dan insyaAllah, majlis hurin akan diadakan pada 27hb mei 2012..ari ahad nnti. Perasaan hurin pada masa nie mmg xdapat nk digambarkan dgn kata..mcm2 perasaan bercampur baur..nervous, gembira, takot, n mcm2 lagi..apa2 pun hurin harap korang doakan yang terbaik untuk majlis hurin nnti...Amin

Bila fikir-fikir balik..mmg xsangka jodoh hurin secepat nie..btul la,kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..dulu2 bukan main lagi hurin pertahankan xnk kawen masa belajar alih2 dah terbalik plak skrg nie, apa2 pun hurin bersyukur sangat dengan ketentuan Allah nie...i'm happy with him..:)

27hb mei kitaorg tunang n 28hb mei genaplah setahun perkenalan kami...kepada mr. tut..saya bahagia sangat2 dengan awk..terima kasih kerana sntiasa memahami diri saya sepanjang setahun kita kenal..moga hub kita kekal bahagia smpai hujung nyawa n smpai bila2..dan semoga segala cabaran dan dugaan sepanjang kita bertunang dapat ditangani dengan baik..yg penting apa2 hal pun kene bincang,ingat janji kita tau..:)





Tuesday, May 1, 2012

my question..

org tua2 kata, perempuan n lelaki xleyh jd kwn baek. nnt lama2 mesti ade feeling kat each other..btol ke??

cemburu: perlu ke?

Perlu ke kita cemburu?perlu ke cmburu nie dijadikan alasan untuk bermasam muka dan bergaduh?ramai feedback yang hurin dapat..semuanya mengatakan perlu untuk cemburu, tp biarlah berpada-pada dan jangan melampau-lampau..jangan biar api kemarahan menguasai diri kita sehingga tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya. Cemburu merupakan naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu, ada yang positif dan ada yang negatif. Sifat cemburu perlu ada dalam diri setiap manusia cuma kita haruslah bijak mengawal perasaan itu.

Kita semua manusia biasa, banyak kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita nie..sifat cemburu dalam sesuatu perhubungan memang tak dapat nk dielakkan. Hurin respect dengan pandangan sorang kwn hurin, dia cakap "dia x kisah kalau org yang dia sayang kuar ngan org laen yang berlainan jantina asalkan jujur ngan dia",mmg betul2 kuat hati dia..lau hurin,mmg la hurin tersangat2 x boleh terima...(kikiki,kuat cemburu kan saya nie?) mmg sepanjang hari diaorng kuar, hurin akan fikir mcm2,fikir diaorg duk makan kat mane la, msti org duk pandang diaorg as a couple and mcm2 lagi fikiran yang truk2 muncul dalam kepala nie..time nie la syaitan memainkan peranan,dia dah tahu kita ngah marah lagi la dia duk hasut2 kita suh fikir bukan2..tol x?

dekat sini, hurin ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk belajar mengatasi perasaan cemburu:

1. Terima hakikat sikap cemburu adalah masalah kita dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Kawal fikiran dalam apa jua bentuk situasi pun.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga berhak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. 

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. So, elakkan daripada berfikiran begitu sekiranya dia benar-benar ikhlas dengan diri anda

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya , jika kita sememangnya seorang yang kuat cemburu, mustahil kita boleh berubah dalam jangka masa yang singkat

5. Tuliskan apa perasaan kita apabila kita cmburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa bersalah atau bertindak kasar. 

p/s: sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan..semoga sifat cemburu itu bukan membawa kepada pergaduhan tetapi akan lebih menyerikan lagi sesuatu perhubungan. cemburu tandanya sayang..:)

Sunday, February 26, 2012

unlike!

post ini ditulis di kala aku tgh hot...harap maaf andainya ada bahasa yang agak kasar

aku paling benci org yang suke mmperlekehkan org laen..bajet diri 2 yg terbaik sgt,semua benda yang aku buat semua nk pertikaikan..selalu melemahkan semangat org..selalu ckp angah boleh ke nnti bla...bla..bla...

bajet semua benda aku xleh wat..bajet mg bgus sgt..huh!geram.....................