Tuesday, May 1, 2012

cemburu: perlu ke?

Perlu ke kita cemburu?perlu ke cmburu nie dijadikan alasan untuk bermasam muka dan bergaduh?ramai feedback yang hurin dapat..semuanya mengatakan perlu untuk cemburu, tp biarlah berpada-pada dan jangan melampau-lampau..jangan biar api kemarahan menguasai diri kita sehingga tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya. Cemburu merupakan naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu, ada yang positif dan ada yang negatif. Sifat cemburu perlu ada dalam diri setiap manusia cuma kita haruslah bijak mengawal perasaan itu.

Kita semua manusia biasa, banyak kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita nie..sifat cemburu dalam sesuatu perhubungan memang tak dapat nk dielakkan. Hurin respect dengan pandangan sorang kwn hurin, dia cakap "dia x kisah kalau org yang dia sayang kuar ngan org laen yang berlainan jantina asalkan jujur ngan dia",mmg betul2 kuat hati dia..lau hurin,mmg la hurin tersangat2 x boleh terima...(kikiki,kuat cemburu kan saya nie?) mmg sepanjang hari diaorng kuar, hurin akan fikir mcm2,fikir diaorg duk makan kat mane la, msti org duk pandang diaorg as a couple and mcm2 lagi fikiran yang truk2 muncul dalam kepala nie..time nie la syaitan memainkan peranan,dia dah tahu kita ngah marah lagi la dia duk hasut2 kita suh fikir bukan2..tol x?

dekat sini, hurin ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk belajar mengatasi perasaan cemburu:

1. Terima hakikat sikap cemburu adalah masalah kita dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Kawal fikiran dalam apa jua bentuk situasi pun.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga berhak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. 

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. So, elakkan daripada berfikiran begitu sekiranya dia benar-benar ikhlas dengan diri anda

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya , jika kita sememangnya seorang yang kuat cemburu, mustahil kita boleh berubah dalam jangka masa yang singkat

5. Tuliskan apa perasaan kita apabila kita cmburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa bersalah atau bertindak kasar. 

p/s: sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan..semoga sifat cemburu itu bukan membawa kepada pergaduhan tetapi akan lebih menyerikan lagi sesuatu perhubungan. cemburu tandanya sayang..:)

No comments:

Post a Comment