Friday, November 5, 2010

~pengalaman pertama bergelar guru...~

dengan lafaz bismillah...

Actually..untuk pengetahuan semua,aku nie insyaAllah bakal bergelar guru dan akan graduate pada tahun 2013..insyaAllah
tahun nie merupakan pengalaman pertama ak menjejakkan kaki ke sekolah,berhadapan sendiri dengan kerenah budak-budak..adakalanya ak bersyukur sangat-sangat ak dilahirkan untuk menjadi cikgu..dari kecik2 lagi ak simpan hasrat untuk menjadi cikgu
tp bila da besar minat ak lebih ke arah perubatan tp memandangan result spm ak pun xbrape tinggi sgt,so ak decide apply mktb..and alhamdulilah,berkat doa insan-insan yang tersayang,akhirnya ak diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan..akan ku kenang hari pertama ak menjejakkan kaki ke sini!acewahhh..

ok..now, ak nk citer pasal pengalaman pertama ak berhadapan dgn bdak2 di sekolah as a teacher..hehehehe,untuk meluluskan diri dalam program ijazah sarjana muda pendidikan,kami diwajibkan menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di mana program ini wajib disertai oleh semua pelajar ijazah selama seminggu di sekolah yang disukai..

nk dijadikan citer,PBS pertama nie ak wat sekali ngan member ak Farah Najia..actually ak nervous ag nk wat sorang2..xthu cm ner nk berhadapan ngan komuniti sekolah,so..ak decided nk wat ngan farah semester nie..sekolah pilihan kami ialah Sekolah Kebangsaan Ladang (ak rase sape2 yg rse diri dia tue orang terengganu msti kenal kot..)

mmg mule2 tue sgt2 excited bile sampai je sekolah,bertembung ngan murid-murid..murid-murid cakap "assalamualaikum cikgu" ada jgak yg ckp "gud morning teacher". Time tue mmg terasa diri nie dah jadik cikgu dah..giler punyer excited..hahahahaha...

untuk semester kedua nie plak..aku wat PBS dekat ngan mktb ak je..ngan 3 lgi rakan ak..saje mencuba environment kampung plak..semester kedua nie xbanyak beza pun dengan semester pertama..ape yg boleh ak rumuskan kat sini,ak suka jdik CIKGU..!


"Guru yang biasa-biasa saja memberi tahu. Guru yang baik menjelaskan.Guru yang bagus menunjukkan bagaimana caranya. Tetapi guru yang luar biasa menginspirasi murid-muridnya"

~William A.Ward~

No comments:

Post a Comment