Thursday, February 9, 2012

INSPIRASIKU...

Salam semua...

Dah lama sangat hurin tak menjengah kat blog nie..kekangan masa dan kesibukan kerja membataskan segala-galanya..alhamdulilah, hari nie hurin sempat juga meluangkan sedikit masa untuk meluahkan segala isi hati, keluhan dan juga perasaan yang membuak-buak dalam diri ini..

Bulan februari tahun nie merupakan antara bulan yang paling indah dalam rentetan kamus hidup hurin..alhamdulilah segala yang dirancang berjalan dengan lancar..actually, semua yang terjadi betul-betul mendadak. Apa-apa pun takdir Illahi sudah ditentukan sejak kita lahir lagi...So, sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Yang paling penting segalanya berjalan dengan baik dan tanggal 04022012 adalah hari yang akan diingati oleh NUR AIN FATMA BT ZAIB dan HIM smpai bila-bila..


Semalam lepas je balik daripada menguruskan kejohanan merentas desa kat IPG,KSM yang tercinta, hurin tak berpeluang nak tido sebabnya mata nie tak nak tertutup..tak tahu la sebab apa..then terus hurin bukak my lappy and terus search apa-apa yang menarik untuk dibaca yang boleh dijadikan pengetahuan dan juga iktibar. cari punya cari terjumpa la satu blog yang sangat-sangat menarik perhatian hurin iaitu blog diari rindu muhsin dan mira, sebuah blog pasal pengalaman kahwin di usia yang muda..


Banyak input-input yang menarik yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita melalui blog nie..tiba-tiba hurin rasa dapat satu inspirasi untuk kahwin muda..insyaAllah, lau dah sampai seru..lagipun kahwin pada usia yang muda banyak kebaikan dan keburukan AND semuanya bergantung atas diri kita untuk menguruskannya..yang paling penting restu ibu bapa adalah segala-galanya..lau tak ada restu ibu bapa jangan harap la rumahtangga yang dibina akan bahagia..bagi hurin pulak, keluarga hurin sememangnya tak ada masalah..alhamdulilah Allah permudahkan segalanya untuk kami..mula-mula risau n berdebar jugak bila kali pertama ajukan perkara nie kat my mum..tak sangka ma pun setuju dengan kami..lagi bertambah risau and berdebar bila perkara nie diuar-uarkan kat atuk,nenek, mak cik n pak cik..semuanya macam tak percaya hurin nk kahwin awal..syukur, reaksi pertama yang membuatkan hurin tarik nafas lega bila ma cakap atuk senyum je bila dapat tahu hurin nk kahwin awal..masa nk datang maktab baru nie, atuk mmg tersenyum je sokmo..masa 2, hurin dah betul-betul yakin yang Allah pilih hurin untuk kahwin pada usia muda..


My mum sentiasa cakap kat hurin, at least bila hurin dah kahwin ada org yang akan jaga hurin..and hurin ada peneman time senang and susah..tak ada la hurin sorang-sorang nak menempuh kehidupan nanti..ma cakap lagi, lambat-laun ma pun akan tinggalkan dunia nie..dia nak sangat tengok hidup anak-anak dia terutama anak perempuan tunggal dia terjamin sebelum dia menutup mata..fasa pertama dah selesai..insyaAllah, fasa kedua akan berlangsung pada bulan mei nnti dan fasa yang terakhir awal januari tahun depan..

Rasulullah s.a.w bersabda:

Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


::Doakan cinta kami berkekalan dan pengakhiran hubungan ini dengan sesuatu yang sangat indah dan manis hingga akhir hayat kami..Amin Ya Rabb,ampunkan segala dosa kami, segala salah silap kami, sesungguhnya kami adalah manusia yang lemah yang banyak melakukan kekhilafan padaMu...ku pohon padaMu Ya Allah..

2 comments:

  1. i like it ahak2..semoga keceriaan n senyuman terus terukir di muka anda..hehehe

    ReplyDelete
  2. opss...pembetulan:hehehe..fasa ketiga mybe bulan 11..mohd soffiyuddin take a note yea!

    ReplyDelete